KUANTAN: Masyarakat Orang Asli yang terlibat dengan projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB) dan Tanaman Semula Komersial (TSK) di seluruh Pahang tidak perlu bimbang kerana ladang getah atau kelapa sawit yang diusahakan mereka tetap beroperasi seperti biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
"Difahamkan ladang yang diusahakan oleh Risda Plantation di bawah TSB dan TSK di Pahang adalah seluas 17.012 hektar dan kami sekarang dalam usaha mencari mekanisme untuk memudahkan pembayaran cukai tanah melibatkan perbincangan serta pengukuran tanah.
"Justeru, para peserta Orang Asli di bawah 184 projek TSB dan TSK tidak perlu risau kerana perusahaan ladang getah dan sawit mereka tetap beroperasi seperti biasa dan tidak timbul isu kami mahu menjual tanah terlibat," katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.
Syed Ibrahim berkata kerajaan Pahang bahkan sedang berusaha untuk memberikan tanah ladang tersebut kepada peserta terlibat kerana ada sebahagian daripadanya sudah diusahakan lebih 30 tahun.
Katanya, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) juga bertindak mengusahakan ladang peserta dan hasil kemudiannya diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk dibayar kepada mereka dalam bentuk dividen mengikut keluasan ladang masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Syed Ibrahim berkata kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain. - Foto Facebook/Syed Ibrahim Syed Ahmad
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.
Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih
Perkhidmatan telekomunikasi di dua penempatan Orang Asli, iaitu Pos Lemoi dan Pos Telimau di Cameron Highlands pulih sepenuhnya hari ini.
Kabel gentian optik putus akibat tanah runtuh, punca gangguan komunikasi
Fadzli berkata antara yang terkesan dengan gangguan komunikasi itu ialah penduduk Pos Lemoi dan Pos Telimau yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Ringlet.
JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli
Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ketua Pengarahnya Datuk Sapiah Mohd Nor.
PRN: Ahmad Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi
Ahmad Zahid berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti 'memancing undi' dengan wang ringgit, menjelang hari pengundian PRN, Sabtu ini.
Pekebun Orang Asli jual keledek guna TikTok, Facebook
Seorang pekebun Orang Asli yang mengusahakan keledek di Kampung Redip, Pos Hau di sini, meraih permintaan tinggi menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook.
Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.
Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti
Penduduk mengalami kesukaran walaupun hanya bermotosikal untuk keluar masuk berikutan jalan rosak teruk akibat dilalui kenderaan tersebut.
Kajian pindaan Akta Orang Asli 1954 dimulakan tahun ini - Mahdzir
Kajian itu perlu dibuat untuk memastikan terdapat peruntukan seksyen bersesuaian dalam akta bagi mendepani isu semasa.